Thursday, January 20, 2011

Senarai Ahli Jawatankuasa Penaja Alumni Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 1

Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa Penaja bagi Alumni Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 1 yang telah dipilih untuk menerajui Jawatankuasa Penaja sehingga pemilihan semula diadakan pada Mesyuarat Agung yang pertama. (Tarikh akan ditetapkan kemudian).

Ahli Jawatankuasa Penaja Alumni Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 1

Pengerusi               :    Nik Muhd Tasnim Bin Nik Ibrahim
Timb.Pengerusi     :    Noor Amiza Bt Ismail
Setiausaha             :    Mohd Hazrul Amrie Bin Mat Rifin
Pen.Setiausaha      :    Zaliha Bt Isbullah
Bendahari              :    Nuru Al-Faizatu Bt Mohamed
Pen.Bendahari       :    Noorbaiyyah Bt Norsaidi
AJK                       :    Mohd Faizul Bin Ayob
                                   Mohd Ariff Bin Abdullah
                                   Wan Hamidah Bt Wan Abdul Hamid
                                   Mazlina Bt Mohd Nazir
                                   Abdul Rashid Bin Abdul Majid

Diharapkan dengan pemilihan ini, proses pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia akan berjalan dengan lancar.

Tuesday, January 18, 2011

Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penaja Alumni

Untuk makluman semua yang beberapa bekas pelajar telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa penaja bagi proses pendaftaran alumni ini dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Monday, January 17, 2011

LOGO SEKOLAH

  


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI BULOH 1

Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh (1) ditubuhkan pada tahun 1958. Walau bagaimanapun, sekolah tersebut pada waktu itu masih belum menggunakan nama sebagaimana yang diguna pakai sekarang.

Pada bulan Mac 1958, "Gerakan Lampu Suluh" diadakan untuk mendaftarkan anak-anak tempatan kampung Kedai Buloh agar bersekolah. Wang yuran sebanyak dua ringgit seorang dipungut untuk membina "bangsal" sekolah. Pada waktu itu, seramai 105 orang murid berjaya didaftarkan di peringkat ini.

Pada hari Ahad 28 April 1958, sekolah dibuka dengan nama Sekolah Rakyat Kedai Buloh, Kota Bharu di tapak asalnya di Kampung Kedai Buloh Hilir. Guru Bersarnya yang pertama ialah Cikgu Hj. Nik Muhammad b. Nik Wan. Dua orang guru yang mula-mula mengajar di sekolah ini ialah :

• Nama : Cikgu Ab. Ghani b. Che Mat
• Darjah : 1A
• Pelajar : 53 orang

• Nama : Cikgu Rugayah bt. Nik Wan
• Darjah : 1B
• Pelajar : 52 orang

Pada awal tahun 1959 murid bertambah seramai 35 orang lagi menjadi 140 orang. Guru besar mengambil seorang lagi guru iaitu Esah bt. Ali dari anak tempatan juga.

Pada akhir tahun 1959 ibu bapa bergotong royong memindahkan bangsal sekolah ke tapak yang ke dua di Kampung Kedai Buloh Tengah iaitu di atas tanah kepunyaan YM. Almarhum Tengku Mansor dengan sewaan sebanyak $30.00 (tiga puluh ringgit) setahun.

Pada awal tahun 1960 bilangan murid bertambah menjadi 185 orang dan seorang lagi guru diambil iaitu Cikgu Wan Hashim b. Wan Ahmad. Pada bulan Mac 1960 AJK PIBG telah memohon bantuan kerajaan untuk mendapatkan bangunan separuh kekal dan diluluskan.

Pada tahun 1961 bilangan murid berjumlah 295 orang dan dua orang lagi guru diambil iaitu Cikgu Wan Hamidan bt. Jaafar dan Cikgu Wan Maimunah bt. Wan Ibrahim, menjadikan 6 orang semuanya. Sebuah lagi bangunan separuh kekal dibina oleh kerajaan.

Tapak sekolah yang dahulunya disewa telah berjaya dibeli oleh pihak sekolah dengan harga $1000.00 (seribu ringgit) daripada tuan punyanya YM. Tengku Nortaman bt. Tengku Mansor.

Pada bulan Februari 1962 Sekolah Rakyat Kedai Buloh diserahkan kepada Kerajaan dan diberi nama Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh, Jalan Kuala Besar, Kota Bharu. Pada waktu ini bilangan murid meningkat lebih kurang 400 orang dengan gurunya seramai 7 orang.

Memandangkan kawasan tapak yang ke dua ini juga tidak berapa sesuai kerana sentiasa ditelenggami banjir juga sempit untuk membina bangunan tambahan bagi menampung pertambahan murid yang kian pesat, maka pada tahun 1980 AJK PIBG telah memohon tapak dan bangunan baru dan berjaya diluluskan.

Pada 11 April 1982, bangunan baru di tapak Jalan PCB telah dibuka dengan rasminya oleh YBM. Tengku Razali Hamzah.

Sehingga kini, seramai 9 orang guru besar telah dikenal pasti mentadbir dan menguruskan sekolah ini. Berikut ialah senarai nama guru besar bagi Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh (1) sejak ia ditubuhkan pada tahun 1958. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit ketidakpastian berhubung guru besar pertama memandangkan tiada rekod rasmi yang berkaitan.
Sumber dari laman sosial Facebook group SK Kedai Buloh 1